❤ ABANG... IZINKAN SAYANG BERNIAGA... ❤

RESPON KEPADA 2 SITUASI...SIAPA CENDERUNG BERJAYA?


SITUASI 1..
Isteri : Abang sayang nak berniagalah...boleh tak sayang berniaga.. mcm nak cari duit tambahan utk kita....
Suami : Apa tak cukup duit kita selama ni..? awk bukan ada darah meniaga pun.. nanti rugi jer..saya yakin awk tu hangat2 tahi ayam jer... baik jaga anak-anak kita yang perlukan perhatian.. saya pun perlukan juga. Tak perlu fikir benda yang susah... saya tgk kawan2 saya meniaga ntah kemana... sanggup berhenti kerja tapi mcm tu lagi teruk adalah....

SITUASI 2..
Isteri : Abang sayang nak berniagalah...boleh tak sayang berniaga.. mcm nak cari duit tambahan utk kita....
Suami : Abg support aper yang sayang nak buat, tapi buat sampai abis.. Masa uruskan sebaiknya.. Doa , usaha & tawakal utk berjaya. Kalo nak berjaya dalam bidang sayang.. cari orang yang dah berjaya dan berkawan dengan mereka.. Kalo gagal sekali bukan bermaksud gagal tapi belum berjaya.. usaha lagi sehingga berjaya..Abg taknak dengar awk cakap malas, penat... sebab tu pilihan awk.. Abg doakan kejayaan milik awk.. Walaupun awk bukan darah berniaga.. tapi ALLAH takkan mengubah keadaan hambanya jika dier tidak berusaha utk mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri..


Dalam 2 situasi ini, siapakah yang akan lebih cenderung berjaya dan kenapa?...

Situasi 1
1. Pasangan tidak memberi sokongan
2. Pasangan percaya selepas melihat kegagalan kawan-kawan lain kerana percaya sebelum buat.
3. Pasangan menyalahkan keturunan
4. Awal-awl pasangan meletakkan kegagalan
5. Pasangan percaya kalo berjaya masa tiada.

Situasi 2
Sebaliknya...malah pasangan percaya dengan ayat Al qurah surah Ar-ra'd ayat 11 tentang nasib yg boleh diubah jika kita bangkit. Pasangan sangat percaya pada pengurusan masa yang baik... dan awl2 dah beri support yang luar biasa..
Untuk dapatkan pasangan kedua, jarang kita temukan.. mungkin juga bukan pasangan, mungkin juga ibu bapa.. kerana mereka mempunyai kepercayaan melalui pengalaman dan pemerhatian .. self belief.. jadi kebanyakkan dan ramai orang cenderung gagal pada sokongan utama.
Bayangkan situasi 1, si isteri tetap teruskan... wujud pula konsep REDHA suami & ibu bapa.. bagaimana kejayaan perlu dilakar tanpa keredhaan. Redha ALLAH pada suami & ibu bapa...
Berbalik kepada keturunan darah berniaga.. Kenapa orang yang berketurunan darah berniaga mudah berjaya.. bukan kerana "darah keturunan ".. tetapi kerana mereka percaya mereka dah berjaya dalam perniagaan tentu anak mereka juga boleh.. dan SOKONGAN kuat diberikan.. itu sahaja...

Mereka tidak tahu kenapa, apa, bagaimana dan aper yang dier dapat jika mereka restu.. dalam kata lain mereka tak tahu kenapa perlu beri sokongan.. dan mereka tidak salah, kerana mereka ada perasaan takut jika orang yang di sayang rugi atau teraniaya seperti kisah2 kegagalan yang di momok-momokkan.. So kita yang perlu clearkan critical thinking mereka tentang perniagaan. Kalo lah mereka tahu anda mudah berjaya dengan sokongan kuat.. mereka hanya switch bertukar jer menjadi suami isteri ibu bapa yang terbuka dan memberi peluang dan sokongan...

p/s : kepada para suami isteri ayah ibu, sokonglah keinginan yang kuat utk mereka berjaya.. jika gagal belum berjaya dan mereka sedang belajar.. sokong sehingga mereka berjaya..

"Life Is Simple But We Make It Harder.. "





0 comments