✤Senarai Semak Trimester Pertama✤

✎ Adakah anda baru disahkan hamil? Jika ya, anda perlu membuat senarai semak perkara yang wajib dilakukan oleh wanita hamil. Semuanya demi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang dikandung. 

✿◕ ‿ ◕✿           
                                                                                                               


➽ Pastikan anda benar-benar hamil
 Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa.

➽ Buat temu janji pemeriksaan
 Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.

➽ Pastikan semua aktiviti anda selamat
 Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan.

➽ Amalkan pemakanan sihat
 Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik.

➽ Minum air
 Ketika hamil, anda memerlukan enam hingga alpan gelas cecair setiap hari.

➽ Tidur awal
 Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal.

➽ Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan
 Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda.

➽ Jangan lupa vitamin prenatal ☜(ˆ▽ˆ)
 Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.

➽ Pilih doktor
 Bertanyalah dengan kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.

➽ Pastikan ubat anda selamat
 Jangan sembarangan memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

➽ Penuhkan dapur dengan makanan sihat
 Pastikan pantry, kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.

➽ Pelajari tanda-tanda komplikasi kehamilan
 Rajin-rajinlah membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.

➽ Beli coli dan seluar dalam baru
 Coli dan seluar dalam khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.

➽ Buat bajet bayi
 Anda sudah boleh mula mencongak perbelanjaan menyambut kelahiran bayi.

➽ Teruskan hubungan seks jika berkeinginan
 Anda mungkin berasa terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah selamat.

0 comments